Sunday 4 September 2011

kenapa eh lelaki sukar utk melafazkan maaf... :D

Berbanding kaum Hawa,kaum Adam ialah insan yg sukar menuturkan kata maaf..Meskipun kenyataan ini diragui oleh kaum Adam ,namun hakikatnya kaum Adam ni mmg sukar berbuat demikian lebih2 lagi jika berbuat salah kpd pasangan mereka sendiri..Jom kita bongkarkan cikit mengapa Lelaki ni sukar utk mngungkapkan ayat 'MAAF'... (^_^)

1)MEMPUNYAI EGO YG TINGGI...
Lelaki yg mempunyai ego yg tinggi biasanya mengalami kesukaran utk memohon maaf meskipun jauh di sudut hati kecil dia mengakui bhw dia tu bersalah,.Golongan ini biasanya lebih mementingkan 'maruah dirinya' daripada terpaksa'menjatuhkan air mukanya'sendiri semata2 terpaksa menuturkan kata maaf.Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mementingkan EGO sendiri sehingga snggup mengetepikan hati pasangan mereka sendiri.

2)MEMPERLIHATKAN KELEMAHAN DIRI ...
Selain faktor ego yg tinggi,memohon maaf juga bg lelaki merupakan tindAkan yg memperlihatkan kelemahan diri secara terang-terangan.Bg sesetengah lelaki ,meminta maaf  merupakan simbol kelemahan diri.Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri mereka.

3)TINDAKAN BERBICARA LEBIH JELAS DARIPADA KATA2...
Enggan memmohon maaf secara terbuka,sebilangan lelaki ini suka mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan.Sebagai contoh memberi kejutan kepada pasangan.pemberian hadiah seperti coklat,barang perhiasan,bunga,atau hadiah2 lain adalah interpretasi golongan ini diatas kesalahan yang mereka lakukan.

4)BIMBANG MAAF TIDAK DITERIMA
Selintir lelaki enggan memohon maaf kerana bimbang maafnya tidak diterima..justeru,tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin memohon maaf..malah mereka juga turut mengalami konflik untuk merencanakan bagaimana,bila dan dimana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata2 maaf..

5) TIDAK SUKA MENGAKU KESALAHAN
Segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan.jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka lelaki pula bersikap sebaliknya.sudahlah enggan meminta maaf golongan ini juga sebaliknya bersikap kasar dan tidak mahu mengakui kesalahan.

6)MENGHINDARI KONFRONTASI
Sesetengah lelaki tidak mahu mengungkap maaf kerana cuba menghindari konfrontasi.Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan dia pernah mengalami situasi sulit apabila terpaksa berdepan dgn 'perang kata2'daripada individu terbabit.Biasanya apabila meminta maaf dgn wanita,bukan kata2 damai yg akan didengar sebaliknya mereka terpaksa berdepan dgn kata2 bebelan sebaik kesalahn mereka dimaafkan.hehehe :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...