Wednesday 22 February 2012

*i loikeee twin* ^__^..

olaaaa..korang da tngk kn gmbr kt ats ni..tomey kn bdk chinese ni..hehe sbnrnye diorng ni kmbr lorhhh..ala tomey2..aku suka sngt2 bdk kmbr sbb kalo pakai pape pown mezti sama ..hehe kawan aku kata suatu hari n6ti kalo nk anak kembar kna kawen ngn lelaki yg ade keturunan kmbar..hahah btul ke tu?? aku suka tngk gelagat bdk2 kmbr ni sbb diorng kn kadang2 ade persamaan..^__^..satu ag yg aku suka ialah diorang bley menyebabkan kita ni susah nk cm yg mana satu kakak /abg n yg mane satu adik..hahaha so sweet.. :D

~cuba lupakan si dia~ :(

salam...ari ni aku nk gtau korang yg aku skunk ni sdng berusaha utk lupakan dia sedikit demi sedikit..aku rase diri aku ni cm x diperlukan lagi oleh si dia..x pe la aku faham ..spe la aku ni kn..aku ni da la x sesuai ngn dia.. :) Aku harap aku dapat terima hakikat tu..Tp kadang2 nape bgitu susah utk aku lupakan dia..aku rase cm sdih je.. :(..nape la aku ni duk sibuk2 amik tau hal dia sdngkan dia da ade makwe..adoiiii aku ni patot cri orng laen lerr..x yah duk sibuk2 pasal hal dia la..btul x ??huhu okies la aku nk cau dulu.. :)

Monday 20 February 2012

:*SuBHANALLAH !KUASA AIR MEMBELAH AIR*


Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.
Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali. Mari kita saksikan!

~aku x suke sub matematik dan statistik~=.='

salam..sori r minggu ni aku x brp nk update sngt blog ni sbb aku bz sngt2..huhuhu..aku nk gtau korang yg aku da start blaja..aku x sukew lorhhh sub matematik n statistik..susah bngat lorhhh..huaaaa..cmne la aku nk lalui bnda ni..korang bley x tolong ajar aku sub ni..hahaha.. :P ishhh3..da la lecturer tu suh aku jd leader dalam kls..hehe..pening2 kpl aku nk kne fotostat bnyk nota utk kawan2 yg laen..adehhh...Subjek ni  aku x minat sngt sbb cm addmath...huhu..da la dulu2 time exam addmath aku k.o subjek ni...hehe..ermm tp aku kne studi sungguh jgk utk subjek ni sbb nk dptkan pointer yg tinggi..k SEKIAN.. :)

Friday 17 February 2012

~huaaaaaa da abis cuti lorhhh~ :'(

salam korang...hurm2..pejam celik pejam celik cuti sem aku da abis lorhh..esk aku kena balik U..hurm2 sdih bngat..Aku da x bley mam same2 ngn family n gaduh ngn adik2 lorhhh...Bila da balik sane n6ti aku kena studi sungguh2 sbb nk dapat pointer yg lebih baek ag utk sem dpn...huhu Aku mezti kangen bangat ngn family aku...tp nasib baek lerr umh dekat je..hahaha kawan aku selalu perli aku..diorang selalu je cakap"untung lerr umh dekat"...hehe cian kt diorang sbb jd perantau.. ^_^ aku ni kira beruntung sngt2 sbb dapat U yg dekat ngn umh n aku jgk dapat ulang alik je..:) haaa..lagi satu aku nk gtau..nasib baek la aku dapat roomate yg satu bilik ngn aku dulu.hehe aku sukew3..yg aku x suke sngt ialah asrama aku tu..hurm2 aku dapat bilik kt aras tiga...adoiiii penat nye nk bawak barang bnyk2 ni..mezti seluruh bdn aku akan lenguh...hahaha..aku akan start blaja ari ahad ni..aku harap lerr lecturer sumenye baek2 belaka n aku harap2 aku hepi blaja ngn diorang...mulakan azam baru yea.. K wish me gud luck.. ^.<

Monday 13 February 2012

~Syukur Alhamdulillah~ (^^,)

salam semua..hehe ari ni aku nk kongsi cikit brita gembira..Ari ni result exam da kuar..so bkn maen nervous la ni aku nk check kt portal U aku..adoiii tunggu punya tunggu bkn maen lame loading smpai aku pown da fade up..hurm2...Pada mulanya macam2 bnda yg aku duk pikir ttng result ni..huhu..Bila line da ok,loading pown da cpt so aku pown try klik kt bhgn exam..huishhh mase tu jantung ni dup dap dup dap..hahaha Almaklumla kn aku x nk repeat paper..Yg aku paling x sangka result aku OKIES..waa SYUKUR ALHAMDULILLAH..:) hehe tp x termasuk dalam senarai dekan lagi ni..Aku kna studi sungguh2 lagi.. cam x caye je ngn result aku tu..dua tiga kali aku duk check tp btul la tu result aku...hahaa senget kan aku ni..Ma ngn abah aku orng yg paling hepi..Diorng bg nasihat kt aku supaya kekalkan pointer tu or naikkan lagi pointer smpai dapat dekan..huhu InsyaAllah n6ti bila balik U ni aku akan blaja sungguh2 sbb aku skunk ni da semakin bersemangat nk blaja..Ramai jgk yg kena repeat.Diorg kena repeat dalam subjek Ekonomi..nasib baik la aku x kene..Alhamdulillah.. :)

Sunday 12 February 2012

**Haram menyambut HARI KEKASIH atau VALENTINE DAY**

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.
Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.
Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.
Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.
Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.
Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.
Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.
Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)....
 + Artikel asal dari: http://nurjeehan.hadithuna.com + ohislam

~~AkSi ikan dan Tsunami..~ Gambar Ikan Tahu Tsunami Bakal Berlaku

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ dengan sekumpulan besarikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.

Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco , ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.
“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.

Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan denganTsunami di Jepun.
“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.

Lihat gambar-gambar diatas yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico :
Mengimbau semula kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lalu, peristiwa hitam tersebut telah meragut nyawa manusia lebih ramai berbanding binatang. Mengapa ini semua berlaku?. Haiwan sebenarnya mempunyai deria yang sangat kuat berbanding manusia. Terdapat beberapa peristiwa aneh beberapa jam sebelum berlakunya tsunami. Di Sri Lanka, orang-orang di Taman Nasional Yala mengamati 3 ekor gajah bertempiaran lari menjauhi pantai Patanangala menuju ke kawasan perbukitan, kelawar pula didapati berterbangan di sebelah selatan kota Dickwella.
Selain itu, dua ekor anjing didapati tidak mahu mendekati pantai di Galle sedangkan sebelum ini anjing-anjing tersebut sentiasa berada di sekitar pantai tersebut. Di Thailand, beberapa ekor gajah telah membawa Wistawan berlari menuju ke bukit untuk menyelamatkan penunggangnya sebelum tsunami menghancurkan Phuket. Di pantai selatan India pula, sejumlah Flamingo berterbangan menuju ke hutan yang lebih selamat sebelum bencana berlaku.
Ketika tsunami melanda Sri Lanka, kira-kira ratusan gajah, harimau, babi hutan, rusa, kerbau air, kera dan mamalia yang lebih kecil melarikan diri dengan menyelamatkan diri menuju ke tempat yang lebih tinggi. Namun begitu sejumlah besar kura-kura ditemui mati disepanjang pantai Acheh. Kepekaan dan naluri binatang yang tidak dimiliki manusia boleh digunakan sebagai alat untuk peringatan pertama bencana.
p/s: Jadi, bagaimana pula dengan manusia? Adakah kita belajar sesuatu dari artikel ini? Sama-sama kongsikannya dengan rakan-rakan anda supaya kita berfikir...

Friday 10 February 2012

*Jom MenAbung ** :)


Salam semua... ari ni aku nk bg tips cikit utk menabung..hehe.. Menabung!Satu amalan yg agak klise kn..Namun inilah cara paling berkesan terutama apb berlakunya kecemasan.Bagaimanakah korang ingin membangkitkan semula amalan mulia ini?? Jom2 kita baca tips ni

1)CIPTA TABUNG SENDIRI
-Dahulu kita sering menggunakan tabung yg diperbuat drpd buluh,botol2 terpakai ataupun dibeli terus dr kedai.Kini apakata korang cipta sendiri tabung yg kreatif dan menarik.Cara ini menjadikan kamu lebih menghargai wang yg kamu simpan.Hiaskan tabung tersebut dgn taburan manik comel .
2)HANYA RM1 SETIAP HARI
-Sudah semestinya kamu mampu memperuntukkan sejumlah kecil ini utk membuat tabung kesayangan kamu.Bayangkan sekiranya kamu menyimpan hanya RM1 sehari kamu akan mendapat RM7 pada setiap hujung minggu.Anggap shj itu sbg cukai hidup yg wajib kamu byr setiap hari.Nmpk senang kn??
3)SIMPAN RM5 SEMINGGU
-Kamu juga bloeh laburkan RM5 utk masa 1minggu ,maknanya kamu menyimpan hanya RM5 shj pada setiap hujung minggu.Kalo setiap minggu kamu berbuat sedemikian,setiap hujung bulan sekurangnya kamu sudah memperoleh simpanan sbnyk RM20.Sangat berbaloi.
4)RM50 DALAM SEBULAN
-Pernah bermain kutu,sama konsepnya ttp yg membezakannya ia disimpan terus dlm tabung.Peruntukkan gaji kamu sebnyk RM50 setiap bulan utk disimpan.Cara ini berkesan bg mengelakkan kamu drpd membazirkan wang tnpa perkara yg berfaedah.Bayangkan kamu menyimpan sbnyk RM 600 setahun.Cukup lumayan.huhuhu :)
5)JANGAN KERAP MENGIRA WANG YG DISIMPAN.
-Biarkan shj wang yg kamu simpan itu dan jgn sesekali mengiranya secara kerap kerana sifat ini membolehkan kamu bersa tidak sbr utk menggunakannya.Oleh itu elakkan drpd berbuat demikian .Biarkan wang itu 'beranak' tanpa kamu sedari.Hasilnya pasti kamu kagumi. :)

Okey, pastikan amalan menabung ini dilakukan secara konsisten yea kerana ia dpt menjdkan kita seorang yg berdisiplin disamping memberikan pulangan yg lumayan.  :D k..salam.. 

*•..¸☼LelaKi yg Baik*•..¸☼

salam semua...ari ni aku nk tulis ckit ciri2 lelaki yg baek..hehe take note please.. :)
*Lelaki yg baik,
-tidak akan pernah menyentuh kamu..
dia akan sngt tkot utk melakukan itu.. :)
-bahkan lelaki yg baik ,
adalh lelaki yg tidak pernah menyentuh hati kamu,
sebelum masenye,
sebelum dia bersedia,
sebelum dia mempunyai matlamat yg jelas,
dan sebelum dia mempunyai niat mengikat dengan AKAD.. ..                                                      


haa..tu je la..aku harap korang da take note yea..hehe k tq.. (^^,)

Thursday 9 February 2012

~takot plus nervous punya pasal~ =.='

salam sumee...hurm2...ari ni kawan aku ade tnye la aku psal result exam..adoiii bila duk teringat balik bila la result exam aku tu nak kuar....tkot plus nervous jgk aku ni...hurm2...aku  jeles ngn kwn aku sbb dia dapat tinggi la jg..ade yg dpt 3.1,3.4 n 3.3...huaaaaaaaaaaaaa tkot2..aku x tau nk gtau sape ni...Aku xnk kecewakan ma ngn abah aku...InsyaAllah aku harap aku akan dpt result yg gempak... AMIN..korang pown tolong doakan utk aku jgk yea.. thankz tau sbb sudi dngr luahan aku ni sbb dsini je la tmpt utk aku nk luahkan perasaan tension aku ni..hehe

Tuesday 7 February 2012

-petUa Imam Shafie- *

*Empat perkara utk menguatkan badan*
-makan daging
-memakai haruman
-kerap mandi
-berpakaian daripada kapas

*Empat perkara yg menajamkan mata*
-duduk menghadap kiblat
-bercelak sblm tido
-memandang yg hijau
-berpakaian bersih

*Empat perkara yg menajamkan fikiran*
-tidak bnyk berbual kosong
-rajin bersugi(gosok gigi)
-bercakap dengan orng soleh
-bergaul dengan para ulama

*CARA TIDUR*
1)TIDUR PARA NABI
-tidur terlentang smbil berfikir tentang kejadian langit dan bumi..
2)TIDUR PARA ULAMA
-mengiring ke sblh kanan utk memudahkan terjaga pada waktu malam
3)TIDUR PARA RAJA YG HALOBA
-mengiring ke sblh kiri utk mencernakan makanan yg bnyk dimakan
4)TIDUR SYAITAN
-meniarap spt tidurnya ahli neraka

Doa dan juga zikir ialah kekuatan utk seorang muslim.. :)

*Hargailah orang yg tersayang.. * :)

-nape ko nangis
-adik ex aku bg bnda ni suh aku baca
-ko kn x suka dia tp nape ko nangis
-umm
-bnyk gilerr dia tulis
-dia tulis tiap2 hari utk aku tau
-nk tngk boleh??
-nah ,ko amik yg last ni je


1)ari ni awk layan sy teruk sangat,tp sy tetap syng kt awk..
2)awk malukan sy lagi tp sy ttp syngkn awk..
3)awk curang,sy nk marah tp sy ade awk sorang je..sy tetap syng awk..
4)sy rase sy akn pergi jauh..sy harap awk jage diri sbb sy ttp syngkn awk..

-so nape??
-dia da meninggal smlm.. :'(
(so kita kna hargai kehadirannya,jgn bila hilang baru kita meratapi kehilangannya)

Saturday 4 February 2012

~salam Maulidur Rasul~

Ya Rasulullah ,BudiMu bgai air yg mengalir ,JasaMu bak selaut mutiara,BaktiMu bgai segunung permata,
Ya Rasulullah,insan yg bernama Muhammad..sungguh mulia pengorbananMu..Tidak kenal erti penat lelah ..
Ya Rasulullah ,kami merinduimu,
Ya Rasulullah,akan ku cuba untuk teruskan perjuanganMu ,
sesekali tidakku kecewa,walau rintangan dan juga halangan yang bakal menghalangi perjuangan..
kan ku berselawat padaMu ..Moga mendapat pahala dan juga barakah ...ku pohon dicucuri rahmat dan ditetapkan iman dihati ..Moga2 aku menjadi insan yg berguna.. <3 <3 aminnn.. :)
♥ KAMI MERINDUIMU YA RASULULLAH, NABI MUHAMMAD S.A.W KEKASIH ALLAH S.W.T♥

Wednesday 1 February 2012

Saya Sayang Mak Saya... ✿◕ ‿ ◕✿

Ibu yang melahirkan kita..
Mengasuh kita, memberi kita makan, mmberi didikan yg smpurna..
Namun knapa sekarang kta ibarat "kacang lupakan kulit"..
Setiap bantuan yg kta hulurkan kpd ibu kta psti dikenakan cas
sedangkan 'cas' yg dikenakan ibu kta mngandung dn mnjaga kita PERCUMA..
Ada satu perpatah yg mngatakan:
"Seorg ibu mampu mnjaga 10 anak namun 10 anak belum tntu mampu mnjaga seorg ibu"..
Sama2lah kta hargai ibu kita smentara mereka masih hidup..(^_^) ♥♥♥

MOM,I LOVE YOU SO MUCH..  ✿◕ ‿ ◕✿
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...