Friday 10 February 2012

*Jom MenAbung ** :)


Salam semua... ari ni aku nk bg tips cikit utk menabung..hehe.. Menabung!Satu amalan yg agak klise kn..Namun inilah cara paling berkesan terutama apb berlakunya kecemasan.Bagaimanakah korang ingin membangkitkan semula amalan mulia ini?? Jom2 kita baca tips ni

1)CIPTA TABUNG SENDIRI
-Dahulu kita sering menggunakan tabung yg diperbuat drpd buluh,botol2 terpakai ataupun dibeli terus dr kedai.Kini apakata korang cipta sendiri tabung yg kreatif dan menarik.Cara ini menjadikan kamu lebih menghargai wang yg kamu simpan.Hiaskan tabung tersebut dgn taburan manik comel .
2)HANYA RM1 SETIAP HARI
-Sudah semestinya kamu mampu memperuntukkan sejumlah kecil ini utk membuat tabung kesayangan kamu.Bayangkan sekiranya kamu menyimpan hanya RM1 sehari kamu akan mendapat RM7 pada setiap hujung minggu.Anggap shj itu sbg cukai hidup yg wajib kamu byr setiap hari.Nmpk senang kn??
3)SIMPAN RM5 SEMINGGU
-Kamu juga bloeh laburkan RM5 utk masa 1minggu ,maknanya kamu menyimpan hanya RM5 shj pada setiap hujung minggu.Kalo setiap minggu kamu berbuat sedemikian,setiap hujung bulan sekurangnya kamu sudah memperoleh simpanan sbnyk RM20.Sangat berbaloi.
4)RM50 DALAM SEBULAN
-Pernah bermain kutu,sama konsepnya ttp yg membezakannya ia disimpan terus dlm tabung.Peruntukkan gaji kamu sebnyk RM50 setiap bulan utk disimpan.Cara ini berkesan bg mengelakkan kamu drpd membazirkan wang tnpa perkara yg berfaedah.Bayangkan kamu menyimpan sbnyk RM 600 setahun.Cukup lumayan.huhuhu :)
5)JANGAN KERAP MENGIRA WANG YG DISIMPAN.
-Biarkan shj wang yg kamu simpan itu dan jgn sesekali mengiranya secara kerap kerana sifat ini membolehkan kamu bersa tidak sbr utk menggunakannya.Oleh itu elakkan drpd berbuat demikian .Biarkan wang itu 'beranak' tanpa kamu sedari.Hasilnya pasti kamu kagumi. :)

Okey, pastikan amalan menabung ini dilakukan secara konsisten yea kerana ia dpt menjdkan kita seorang yg berdisiplin disamping memberikan pulangan yg lumayan.  :D k..salam.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...