Saturday 27 August 2011

Batch 1991 SmK Panji....(^^,)

Semalam diadakan satu majlis berbuka pose bdk2 Smk Panji batch 1991...Jamuan tu diadakan di Calantana Restaurant..emm bez la jgk...da lama aku x jumpa ngn member2..semuanya da berubah...llaki2 da jd semakin hensem dan yg perempuan plak da makin chantek blaka...hehehee...aku enjoy jgk la ngn jamuan tersebut ttp kejap jew mase berlalu...kul 8.00 mlm semua bersurai..Sblm bersurai tu kitorang sempat la amik gmbr utk kenang-kenangan..hahaha ..mmg klakar gilerr diorang ni mase nk bergambar...ishh bising sngt2 smpai org yg nk solat pown terganggu tp nasib baek kejap jew bergmbr tu...:)Aku bngga r kpd Zulhaqif n Shaffiq Annam sbb diorng yg handle semua ni...mmg acara ni berjalan dngn lancar...aku pown puas hati... Aku harap selepas ni akan ade lagi jamuan2 seperti ni ..InsYaALLAH... (^.<)..Sekian.. :)

Friday 26 August 2011

Ucapan SmS sElamAt hARI RaYa yG Menarik....peace..(^_^)

Assalamualaikum tak jawab dosa...
pejam celik,pejam celik bln ramadhan yg ditabalkan Allah sebagai bulan yg lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung...Yg biasa didengari dan diperhati ,makin hujung makin lemau ,lembam dan suramlah aktiviti ibadat yg diusahakan ..mana taknya ,mood hari raya dah makin mengganas dalam minda
dan jiwa.Pusat membeli belah penuh memanjang ...
tempat parking kenderaan tak pernah lengang ..mmg kuat penangan hari raya bukan ...Ini baru mukadimah..hehehe
Biasa la ujung2 ni,bila ade masa lapng sempat juga aku membelek2 kad ucapan selamat hari raya yg lama-lama yg dihantar oleh kawan2 n tngk yg mane boleh diguna balik ..Kalau dulu2,kad raya pasti berlambak ...tp sekarang??? Korang jawablah sendiri bg pihak masing2...:)
Ini dia ucapan Selamat Hari Raya yg agak menarik..

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda,tentu ada khilaf dan dosa..
Mohon maaf untuk segalanya..&SELAMAT HARI RAYA ...:)

Ya Allah,
Bulan Ramadhan yg mulia ini tlh meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa2 kami,sedekah kami dan
amalan yg tlh kami lakukan
Berilah kami kesempatan utk menyambut
nikmat ramadhan yg akan datang
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Mungkin ade yg tidak kisah pasal ucapan2 sebegini dan ade yg lebih senang dgn hanya sekadar ucapan Sms ringkas..Janji ade ucapan selamat dan mintak maaf..Betul x ??? Pada aku dengan adenye Sms sebegini ianya boleh memeriahkan lagi suasana dan saling menginsafi...
Dikesemapatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua kawan2 .....:)sekian..

Thursday 25 August 2011

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam


Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 

Thursday 18 August 2011

KerjA doNG...(^_^)

Olaaa my beloved blog..ari ni aku rase cm x brp sihat lorhhhh..kepala ni plak asyik pening je..maybe aku asyik keje jew sampai x de mase na rehat sihat...ishhh..aku rase cm nk berhenti jew keje sbb da pnt lorhh..tp kalo aku berhenti keje ni.cmne plak aku nk simpan duit...alaaa x kn aku nk mintk duit ma ngn abh plak..cian la aku tngk diorng..ni x bley jadi...aku kna teruskn keje jgk la tp kepala aku ni asyik sakit jew..huaaaa....Kalo aku keje ,aku bley dapat bnyk pengalaman..time aku tunggu result spm dulu ,aku mintk keje kt minimarket..alhamdulillah tuan punye kdai tu amik aku bekerja..Diorng baek sngt ngn aku..aku keje sampai la aku masuk lower 6..time aku lower 6 dulu,aku keje part time jew..lps aku skolah,aku ciap2 n then aku terus pegi keje..maklumla nk kumpul duit utk bayar yuran skolah aku..aku jrng sngt mintk duit drpd ma ngn abh sbb aku just guna duit hasil aku keje jew...heheehe..mase aku upper 6..aku terpaksa berhenti keje sbb tuan punya kedai tu suh aku tumpukan pada studi..hahaha..owhh time aku risau lerr sbb aku x de duit nk byr yuran upper 6..nasib baek la aku ade isi borang biasiswa n alhamdulillah ..aku dapat biasiswa tuu..hehe hepi giler aku time tu..(^.<)..yeay skunk ni aku tunggu kptsn rayuan upu..alaa lambat lgi lorhh nk tau result tu..aku skunk keje kt hotel budjet...aku da bosan la keje kt sini tp kadang2 bez gk..hahaha..boss aku kt tmpt aku keje aku ni cerewet jgk,tp aku da terbiasa ngn perangai dia tu..dia tu jenis yg jg kebersihan so dia pantang tngk debu2 ni..hehee..kalo dia g outstation,dia slalu belikan buah tngn ...baek la jgk dia ni....emm ok la..aku da pnt ni nk taip..so kalo ade pape lagi aku akn citerkn yea...:D..k salam... :)

Wednesday 10 August 2011

CiNTA....

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya
*Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
*Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
*Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.

*Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
*Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
*Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
*Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
*Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

*Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
*Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannYawalaupun dia tidak berada di sisi kita...

Tuesday 9 August 2011

pEDOMan...(^_^)

Sehelai rambut wanita yg dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja=balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
sehari akhirat=1000 tahun di dunia, seorang wanita yg masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,
1)ayah kandung2
2)adik beradik lelaki
3)suami
4) anak lelaki kandung
SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.

P/s: buat kaum wanita, bantulah suami/ayah/abang mu dari azab neraka ALLAH YANG AMAT DASHYAt....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...